permata hatiku....

permata hatiku....
permata hatiku...

Tuesday, 27 December 2011

Akhirnya...

   Akhirnya...siap jugak projek cuti sekolah aku... Buat mural dalam kelas. Mural kat luar tu belum sempat lagi nak buat.. Tapi ok la juga, ada juga kerja yang aku buat, kerja yang nampak...so orang perasan la ada sesuatu yang aku sumbangkan untuk kelas tu, semenjak aku pindah sekolah baru ni.. Best la kan??!!!...huhuhu.. inilah hasilnya...


Hidupan di laut
Hidupan di darat
Kakak siap jadi model untuk mural umi...huhu.
Pokok Doa
 

Tuesday, 20 December 2011

Cuti 3 Hari...=)

 Assalamualaikum...  

   3 hari dah aku tak menulis kat blog ni.. Kira masuk 3 hari la sebab siang tadi aku tak sempat mem'blog' crita aku kat sini..hehe. Penat melayan budak-budak tu, melayan bapak budak lagi dan nak berehat semua jadi tak sempat pulak.. Semalam (Isnin), jadi jugak pi tukar tayar2 kereta tu, sebijik kena RM145, 4 bijik RM580 ler.. plus satu rim tayar 2nd hand RM30, wiper cermin lagi RM30, RM640 sume tapi ada tolak 2 tayar lama dapat la kurang sikit, takingat berapa sebab en suami pegang resitnya... nasib baik la dah dapat bonus akhir tahun ni, terus pi tukar tayar, sebab aku yang guna kereta tu hari-hari.. Tolak ansur la dengan suami, sebab time bonus dia pulak (en suami) mungkin nak buat akikah Si Botak tu pulak (bahagian ke-2).. kesian gelar Si Botak la si kecik tu, nama sebenarnya dia Muhammad Sufian..huhu..


 
(Adik lagi berani sebab naik 'train' yg bergerak selamber je muka dia, kakak pulak naik kuda yg tak gerak2 pun, memang dia tak nak kuda tu dimasukkan token, penakut..kakak oh kakak...=).)
    Tadi (Selasa - Gambar di atas), aku gi bawak mak dan budak-budak pergi Jusco Taman U.. Saje bawak budak-budak tu pergi main gelongsor dan bawak mak beli-belah(beli kasut sepasang je)... Lagipun si kakak (Nur Fatin Iman) tu, dah beberapa hari ni dok sibuk nak main gelongsor/kat taman permainan, tapi cuaca kat luar tu hujan memanjang, oleh sebab tu terciptalah idea nak pergi Jusco tu, dapat la dia main gak kat taman permainan tertutup pulak, selamat sikit.. Umi dia ni pulak dapat la beli kasut sepasang dan t-shirt 2 helai, nak beli baju budak-budak tak lepas, lain kali jelah... sebab kalau pergi pusat beli belah tu pun asyik belikan baju diorang (budak-budak) je, umi dan ayah dia yang tak lepas...hehe. Macam-macam kerenah budak-budak tu tadi..huh..fenat...


   Hari Ahad la paling bosan, tak dapat nak ke mana sebab hujan bermula tengah hari tu sampai hari isnin ke malamnya.. Tapi takpelah dapat jugak aku mengemas rumah dan basuh baju, setelah seminggu 'menyerak' dan seminggu 'mengumpul' baju kotor..huhu.. Tu pun sempat buat sebab budak2 dibawak ayah dia pergi rumah ibu mertuaku, kalau tidak memang tak dapat la aku menyudahkan kerja-kerja rumah aku tu dengan aman dan cepat..hehe..anak-anakku..=). Aku pun menyusul ke sana dan ambil keputusan untuk tidur di situ semalaman sebab dah lama tak tidur situ, dan lagi nak 'release tension'... Tapi nak hilangkan bosan dok rumah sebab hujan ajak la mak mertua sekali pergi rumah kakak ipar, jenjalan dan sambil makan malam sekali di sana.. ok gak la tak la rasa kesejukan dan bosan sangat sebab hujan..hehe.. hari isnin tu sebab memang dah plan nak tukar tayar, dan suami cuti sekali paksakan jugak keluar, untuk sempurnakan keperluan yang patut tu..tayar oh tayar.. dan hujan oh hujan...disebabkan ia berterusan rupa-rupanya kat kawasan Melayu Raya (Pekan Nanas), banjir naik sampai ada yang kena dipindahkan ke tempat perlindungan.. kesian diorang... takpe, sabar jelah yey...dan aku pun kena sabar jelah yey dengan cuaca di luar tu dan 'cuaca' yang di dalam ni...serabut..;(.. Mata dah makin mengantuk, Si Adik pun dah mula menganggu..(tak suka tengok Umi dia mengadap net book ni lama-lama)..ok selamat malam... Assalamualaikum...

Sunday, 18 December 2011

Si Botak...Muhammad Sufian..

Si Botak sedang tidur...sweeet..=).
   Kesian adik...kena botakkan dah rambut dia.. Tapi tak la sampai botak licin, ada la sikit lagi rambut dia kat kepala tu..huhu..kesian anak umi, takpe la daripada sebelum ni rambut dia panjang sampai dah masuk ke telinga..la ni kan dah hansem sikit..banyak sebenarnya..=). 

  Opss maaf...Assalamualaikum...hehe=). Harii Isnin dan Selasa ni aku cuti.. Isnin cuti sebab dah gaji dan terus nak tukar tayar kereta yang memang dah botak tu..botak lagi..tadi anak umi yang botak, la ni tayar kereta yang botak..tapi tayar kereta tu memang dah lama jugak botaknya..nasib baik takde apa-apa lagi jadi, mintak dilindungkan-Nya. Hari Selasa mungkin nak bawak mak dan budak-budak jalan-jalan, kalau takde apa-apa la...so tu yang hari Jumaat semalam aku balik kerja lambat sikit, sebab nak siapkan sikit kerja sebelum masuk kerja semula Rabu nanti.. Siap bawak kakak lagi, sebab asalnya saje nak penuhkan hasrat dia ikut aku pergi sekolah tu (walaupun dia tak cakap, tapi aku tahu kemahuan dia tu..huhu), ok jugalah sebab semangat sikit nak buat kerja sampai habis.. kalau tak rasa mengantuk je dan rasa nak balik cepat je bila duduk sorang-sorang dalam kelas tu.. Semalam, Sabtu pagi aku keluar pergi Pekan Nanas..saje jalan nak hilangkan boring asyik duduk rumah je, walaupun hari cuti...walaupun baju tak siap basuh lagi (stok seminggu tu, memang la bosan nak mengadap).. keluar kejap balik sambung lagi..huhuhu..=).
   
   Esok siang hari Ahad, tak tahu lagi apa plan aku...emmm..apa yek ?... Tengok keadaan cuaca..hehe.. dan bila jumpa lagii...

Saturday, 17 December 2011

Semalam dan hari ini...

   Semalam... blik kerja lambat sikit, sebab nak siapkan latar belakang mural kat kelas tu sebelum nak bercuti sampai hari selasa hadapan... Tak sedap pulak kalau tak buat lagi, sebab takut tak sempat nanti, sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi...naya kalau cikgunye tengok kot hari rabu nanti tak buat apa-apa lagi..he3. Semangat juga la nak siapkan sebab bawak kakak(anak sulungku) buat kawan kat kelas tu..kalau tidak rasa nak mengantuk je duduk sorang2 kat dalam kelas tu sehari suntuk..so siap juga la target kerja untuk semalam..


  Hari ini...dalam pukul 10 (pagi) lebih tadi pergi keluar ke Pekan Nanas sekejap, tengok Pasar Tani dan buat baju kat sana.. Buat t-shirt ikut ukuran badan sendiri murah je kat sana, kalau panjang atas lutut sikit baru RM12, ikut pilihan corak kain yang ada kat kedai tu...pukul 12 t/h lebih sampai dah rumah.. penat sampai la ni, mengantuk tak sudah..huhu..

Thursday, 15 December 2011

Masak di sekolah...

Assalam... Dah 2 hari ni aku dok masak kat tempat kerja ni.. tak sempat nak masak kat rumah, so bawak la bahan mentah dari rumah dan masak kat sekolah.. Semalam masak sosej bersos.. hari ni pulak goreng cendawan campur sos tiram.. sedap jugak aku masak ni..hehe..=). Sebelum ni asyik tumpang lauk dan makanan makcik2 kat sekolah tu je, tak sedap pulak, so sesekali bawak/masak la lauk/makanan sendiri.. Sekarang ni dah makan dan dah kenyang pun..huhu..=)).

Wednesday, 14 December 2011

Tip Blogging Terbaik: 7 Cara Mendapatkan Motivasi

Posted by Shafina Bazilah on Jul 13, 2011 in Penulisan Blog
 
Pernah tak dulu anda terasa mahu berhenti dari menulis blog, terutama ketika mula-mula anda menceburkan diri dalam bidang ini. Kalau anda lihat dalam internet, ramai yang memiliki blog sendiri agar mereka boleh kongsikan pelbagai maklumat dan pandangan bersama pembaca. Namun, ramai juga yang mempunyai blog tetapi membiarkannya berkubur dalam masa tak sampai 3 bulan. Kurang sebulan pun ada!

Tapi saya pasti lebih ramai di kalangan kita sebagai penulis blog sangat minat menulis atau bersungguh-sungguh nak berjaya dalam penulisan blog hingga tak rela membiarkan blog mereka tidak dikemaskini walaupun sehari! Dan saya pasti anda tahu bukan semua orang mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menguruskan dan mengemaskini blog . Paling minima pun, mereka akan cuba mengemaskini blog mereka seminggu sekali kerana mereka tahu betapa tinggi nilainya blog mereka kepada komuniti internet, terutama bagi blog yang sudah mempunyai pengikut.

Saya juga beberapa kali mengalami ‘zaman kejatuhan’ di mana saya berasa kurang bermotivasi untuk menulis di blog sendiri. Mungkin sebab kerja banyak atau hanya malas. Oleh itu, dalam entri ini saya nak kongsikan tip blogging terbaik bagaimana anda boleh mendapatkan semula motivasi untuk menjadikan anda lebih bersemangat mengemaskini blog. Tip blogging terbaik ini saya kumpulkan daripada pengalaman sendiri serta bacaan yang dibuat di dalam internet.

Tip Blogging Terbaik 7 Cara Mendapatkan Motivasi Menulis Blog


1. Jadikan Kebiasaan

Pernah tak anda dengar, kalau kita ulang satu-satu perkara selama 44 kali, ia akan jadi kebiasaan kita. Apa kata anda cuba buat 44 entri baru setiap hari selama 44 hari. Mungkin cara ini dapat menjadikan penulisan blog satu kebiasaan kepada anda. Bila dah biasa, semua perkara akan jadi senang.

2. Lupakan Perkara-perkara Remeh

Domain anda kurang ‘umphhh’ berbanding domain blogger ‘otai’ yang lain? Theme blog anda tak menarik? Penulisan anda tak professional? Kalau anda terlampau fikirkan perkara-perkara remeh seperti ini dalam bidang penulisan blog, blog anda tidak akan ke mana-mana kerana pemikiran anda akan menyekat perkembangan blog tersebut.

3. Baca Blog-blog Lain

Lagi banyak blog yang saya baca, lebih banyak idea yang masuk ke dalam kepala yang membolehkan saya sambung menulis blog. Tip ini adalah antara tip blogging terbaik yang pernah saya jumpa kerana elemen-elemen daripada blog lain boleh dijadikan rujukan semasa menulis entri di blog sendiri.

4. Fikir dan Catat

Kadang kala anda hanya perlukan sesuatu yang boleh ‘dilihat’ untuk mendapatkan motivasi. Bila anda menulis objektif penulisan blog anda atas sekeping kertas dam tampalkan di dinding, motivasi untuk menulis boleh datang dengan tiba-tiba. Selepas itu anda boleh tulis lebih banyak lagi objektif dan cuba capai objektif tersebut hingga anda berjaya.

5. Bertegur Sapa Dengan Blogger Kegemaran

Berinteraksi dengan blogger kegemaran juga boleh dijadikan satu cara mendapatkan motivasi. Saya akui kalau saya memberi komen di sesetengah blog yang saya kagumi, mendapat maklumbalas daripada mereka amat mengujakan. Selain itu, anda boleh amalkan lagi satu tip blogging terbaik mendapatkan motivasi dengan menulis email kepada mereka untuk meminta pendapat atau kata-kata yang boleh menaikkan semangat anda.

6. Dapatkan ‘Tool’ Baru

Tip blogging terbaik yang keenam ini lebih kurang sama dengan tip blogging terbaik kedua. Maksudnya, kalau anda bosan dengan blog anda, anda boleh cuba pasang plugin baru yang lebih menarik, memasang tab sosial pada blog dan sebagainya untuk menjadikan blog anda lebih menarik. Satu saranan daripada saya ialah jangan terlebih ‘goreng’ keterampilan blog anda.

7. Patah Balik Ke Permulaan

Kalau anda baru nak mula menulis blog, rujuk semula apa yang blog-blog kegemaran anda buat ketika mereka baru nak mula. Ada yang beri kata-kata aluan, ada yang terus mulakan dengan entri berat pertama, ada juga yang hanya meletakkan satu gambar sebagai ‘ice-breaking’. Fikirkan cara terbaik untuk diri anda sendiri kerana ia penting untuk memotivasikan diri anda dalam bidang penulisan blog.

Memang banyak cara untuk mendapatkan motivasi dalam penulisan blog. Tip blogging terbaik ini saya dah gunakan berulangkali dan anda juga boleh gunakan sekiranya ia membantu. Apa pula tip blogging terbaik dari anda untuk mendapatkan motivasi menulis blog? Jom kongsikan dengan pembaca yang lain!

Semangat kerja...

Ishh.. bosan betul la macam ni.. Mood nak buat kerja ni kejap ada kejap hilang...
Naya aku kalau macam ni selalu.. Apa nak buat hari ni yey.... Takpa buat yang senang dulu baru sok2 buat yang susah pulak...

Monday, 12 December 2011

KEDAI SUS: ST03 ~ TINY GEMTONE BUTTONS

KEDAI SUS: ST03 ~ TINY GEMTONE BUTTONS

Silap untuk hari ni..

Isnin/12.12.2011
Adoi...
Boleh pulak tercicir kunci kelas hari ni.. Pergi kerja dah la terlambat, dah tu kunci tertinggal kat beg lain pulak..
Terpaksalah menumpang kat kelas sebelah (pra) hari ni.. Tak boleh nak buat kerja kat kelas dah hari ni.. huk huk, sori cikgu Fadilah yey..he2.

Sunday, 11 December 2011

Assalamualaikum... Salam Perkenalan...

Ahad-11/12/2011.
Baru je nak belajar buat blog sendiri.. Bukannya apa, dari dulu berangan je nak jadi penulis kononnya, tapi tiada kemahiran dan peluang.. Sekarang buatlah blog sendiri untuk syok sendiri menulis..hehe.=). Takpe lepas ni boleh la mengasah bakat lagi untuk memperbaiki cara menulis dan menarik minat orang untuk membaca blog saya ni... Sebaiknya nak buat bahasa formal ataupun bahasa santai je ye?.. mohon pendapat..:).