Posted by Shafina Bazilah on Jul 13, 2011 in Penulisan Blog
Pernah tak dulu anda terasa mahu berhenti dari menulis blog, terutama
ketika mula-mula anda menceburkan diri dalam bidang ini. Kalau anda
lihat dalam internet, ramai yang memiliki blog sendiri agar mereka boleh
kongsikan pelbagai maklumat dan pandangan bersama pembaca. Namun, ramai
juga yang mempunyai blog tetapi membiarkannya berkubur dalam masa tak
sampai 3 bulan. Kurang sebulan pun ada!
Tapi saya pasti lebih ramai di kalangan kita sebagai penulis blog
sangat minat menulis atau bersungguh-sungguh nak berjaya dalam penulisan blog
hingga tak rela membiarkan blog mereka tidak dikemaskini walaupun
sehari! Dan saya pasti anda tahu bukan semua orang mempunyai tahap
motivasi yang tinggi untuk menguruskan dan mengemaskini blog . Paling
minima pun, mereka akan cuba mengemaskini blog mereka seminggu sekali
kerana mereka tahu betapa tinggi nilainya blog mereka kepada komuniti
internet, terutama bagi blog yang sudah mempunyai pengikut.
Saya juga beberapa kali mengalami ‘zaman kejatuhan’ di mana saya
berasa kurang bermotivasi untuk menulis di blog sendiri. Mungkin sebab
kerja banyak atau hanya malas. Oleh itu, dalam entri ini saya nak
kongsikan tip blogging terbaik bagaimana anda boleh mendapatkan semula
motivasi untuk menjadikan anda lebih bersemangat mengemaskini blog. Tip blogging terbaik ini saya kumpulkan daripada pengalaman sendiri serta bacaan yang dibuat di dalam internet.
Tip Blogging Terbaik 7 Cara Mendapatkan Motivasi Menulis Blog
1. Jadikan Kebiasaan
Pernah tak anda dengar, kalau kita ulang satu-satu perkara selama 44
kali, ia akan jadi kebiasaan kita. Apa kata anda cuba buat 44 entri baru
setiap hari selama 44 hari. Mungkin cara ini dapat menjadikan penulisan
blog satu kebiasaan kepada anda. Bila dah biasa, semua perkara akan
jadi senang.
2. Lupakan Perkara-perkara Remeh
Domain anda kurang ‘umphhh’ berbanding domain blogger ‘otai’ yang
lain? Theme blog anda tak menarik? Penulisan anda tak professional?
Kalau anda terlampau fikirkan perkara-perkara remeh seperti ini dalam
bidang penulisan blog, blog anda tidak akan ke mana-mana kerana
pemikiran anda akan menyekat perkembangan blog tersebut.
3. Baca Blog-blog Lain
Lagi banyak blog yang saya baca, lebih banyak idea yang masuk ke
dalam kepala yang membolehkan saya sambung menulis blog. Tip ini adalah
antara tip blogging terbaik yang pernah saya jumpa kerana elemen-elemen
daripada blog lain boleh dijadikan rujukan semasa menulis entri di blog
sendiri.
4. Fikir dan Catat
Kadang kala anda hanya perlukan sesuatu yang boleh ‘dilihat’ untuk
mendapatkan motivasi. Bila anda menulis objektif penulisan blog anda
atas sekeping kertas dam tampalkan di dinding, motivasi untuk menulis
boleh datang dengan tiba-tiba. Selepas itu anda boleh tulis lebih banyak
lagi objektif dan cuba capai objektif tersebut hingga anda berjaya.
5. Bertegur Sapa Dengan Blogger Kegemaran
Berinteraksi dengan blogger kegemaran juga boleh dijadikan satu cara
mendapatkan motivasi. Saya akui kalau saya memberi komen di sesetengah
blog yang saya kagumi, mendapat maklumbalas daripada mereka amat
mengujakan. Selain itu, anda boleh amalkan lagi satu tip blogging
terbaik mendapatkan motivasi dengan menulis email kepada mereka untuk
meminta pendapat atau kata-kata yang boleh menaikkan semangat anda.
6. Dapatkan ‘Tool’ Baru
Tip blogging terbaik yang keenam ini lebih kurang sama dengan tip
blogging terbaik kedua. Maksudnya, kalau anda bosan dengan blog anda,
anda boleh cuba pasang plugin baru yang lebih menarik, memasang tab
sosial pada blog dan sebagainya untuk menjadikan blog anda lebih
menarik. Satu saranan daripada saya ialah jangan terlebih ‘goreng’
keterampilan blog anda.
7. Patah Balik Ke Permulaan
Kalau anda baru nak mula menulis blog, rujuk semula apa yang
blog-blog kegemaran anda buat ketika mereka baru nak mula. Ada yang beri
kata-kata aluan,
ada yang terus mulakan dengan entri berat pertama, ada juga yang hanya
meletakkan satu gambar sebagai ‘ice-breaking’. Fikirkan cara terbaik
untuk diri anda sendiri kerana ia penting untuk memotivasikan diri anda
dalam bidang penulisan blog.
Memang banyak cara untuk mendapatkan motivasi dalam penulisan blog.
Tip blogging terbaik ini saya dah gunakan berulangkali dan anda juga
boleh gunakan sekiranya ia membantu. Apa pula tip blogging terbaik dari
anda untuk mendapatkan motivasi menulis blog? Jom kongsikan dengan
pembaca yang lain!
adakah aku boleh jadi blogger?...hehehe
ReplyDelete